Assalamualaikum....
Semua orang kenal cermin, Hari-hari kita tengok cermin. Dalam hati, "Cantik sungguh aku hari ni..", tapi di mulut... "Apa ni, awat la aku nampak hodoh sangat ni..."
Bercakap tentang cermin, pasti kita akan bercerita pasal pantulan. Perangai mencerminkan budi, bahasa mencerminkan jiwa, zahir mencerminkan yang batin.
Bila sahaja kita bercakap tentang perkara yang baik atau buruk, itu mencerminkan diri kita sendiri. Bayangkan apabila seseorang menuduh orang lain teruk, buruk, hodoh, jahat dan sebagainya, apa kita nampak pada yang bercakap? Itulah cermin diri. Bila kita terkesan secara positif atau negatif atas apa yang orang cakap, baik kepada orang lain atau diri kita sendiri, itu juga cermin diri kita sendiri.
Sebagai contoh;
"Man, hang tahu? Tak tau? Aku bagi tau, Bang Aji yang nampak alim sangat tu, teruk betui perangai dia. Ada ka patut dia tengking bininya depan orang ramai. Tak patut!"
"Pasaipa dia tengking?" Man tanya pula. "Pasai bini dia sakit kepala.." Karim cerita lagi. "Benda kecik pun nak tengking-tengking jugak?" Man menambah sambil bercakap dalam hati, Ish! Aku pun suka tengking bini, rasa bersalah la pulak!
Contoh sajalah, insiden ini hanyalah rekaan semata-mata.
Berbalik kepada cerita pasal cermin, apa sahaja yang kita cakap, kita buat adalah cermin hati kita, buruk atau baik. Jadi sangat penting untuk kita menjaga percakapan dan perbuatan kita walau apa pun tujuan yang kita nak capai. Kalau hati tu buruk, berlakon la macam mana pun, yang tak elok mesti keluar jugak dari mulut ataupun perbuatan kita. Apa pun niat, pasti bayangannya akan keluar, sooner or later.