POST

Tuesday, February 5, 2013

Tahu dan Tak Tahu

Assalamualaikum..

Hari ni, aku pergi ke pejabat pos, nak memperbaharui cukai jalan (road tax). Minggu lepas baru saja selesaikan saman. Nak dijadikan cerita, sampai di pejabat pos tadi, akak kat kaunter tu bagi tahu, "Sila rujuk ke JPJ." Aku pun hairan, apa lagi yyang sangkut ni?

Tengok jam, baru 4.15, aku terus ke JPJ yang jauhnya lebih kurang 20 minit berkereta.

Sampai di JPJ, ambil no, belum sempat duduk dah dipanggil.. "Renew road tax, kak!" sambil aku serahkan dokumen yang perlu. "Adik ic tuan kereta ni ada saman la." Huh! Aku baru je bayar Jumaat lepas. Ces!

Aku pun teruslah ke Balai Polis Trafik, lebih kurang 15 minit perjalanan. Sampai di kaunter nak bayar saman, eh dah tutup pulak. Kaunter saman sampai pukul 3 petang saja? Aduhai.. letih betul bergegas sana-sini, tak selesai jugak. Inilah padahnya bila kurang informasi. Macam berjalan di malam yang gelap.

Informasi atau maklumat adalah nadi sistem hidup kita. Tidak sama orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu. Nadi seperti yang kita faham, adalah penggerak utama dalam sesebuah sistem. Nadi umpama NAFAS. Walaupun nafas itu lembut, namun ia sangat konsisten. Lima minit kita menahan nafas mungkin boleh mematikan sistem badan seluruhnya. Nafas sifatnya tegas dalam lembut. Bila seorang manusia itu nafasnya tersekat, seluruh badannya akan meronta untuk mendapatkan nafas itu kembali. Maklumat dalam hidup kita ni, umpama nafas tadi. Tanpa maklumat, kita mungkin tidak dapat menimbang sesuatu perkara dengan baik. Satu pertimbangan yang salah boleh mempengaruhi seluruh sistem, emosi akan berkecamuk, takut-takut keputusan yang kita buat hilang objektivitinya.

Apa itu maklumat? Jom tengok kamus dewan online:
  • Data pelbagai bentuk yang mempunyai makna tertentu atau yang membentuk idea penuh, keadaan, atau suasana bermakna. 
  • Pengetahuan yang dahulunya tidak diketahui oleh pihak penerima.

Maklumat adalah DATA atau PENGETAHUAN. Data atau Pengetahuan yang telah diuji atau dipastikan boleh disusun menjadi ilmu. Sebelum ia disusun, ia belum dikira ilmu.

Pengetahuan boleh didapati dengan membaca; boleh rujuk entri BACA 1.

Walau apa pun alasannya, tanpa maklumat yang cukup kita akan menggunakan lebih banyak wang, masa dan tenaga untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Membazir kan?

Maklumat yang didapati perlu ditentukan kesahihannya. Sumber maklumat perlu disaring dan ditapis. Maklumat yang salah boleh membawa ke tahap maut. 

Apakah kaedah untuk menyaring maklumat dan sumbernya? Macam kita baca Facebook, kalau kita tergolong dalam golongan yang tidak tahu, biasanya kita akan terdorong untuk percaya tanpa usul dan periksa. Macam mana nak menyaring maklumat-maklumat ni?

Macam mana ya? Kita sambung lagi nanti. Mungkin juga kita perlukan feedback dari orang yang tahu...

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...