Assalamualaikum...
wanzpyra.wordpress.com (Kuasa Minda) |
Tadi aku telah menonton TV2 BlockBuster, tajuk "Love Happen". Rasanya ramai yang tengok cerita ni. Aku cuma ingat heroine dia saja, yang berlakon dalam sitcom Friends.
Hero dalam cerita ni, seorang penceramah motivasi. Apa yang aku suka pasal cerita ni, dia ada selitkan pasal "State of Mind". Macam mana otak kita boleh corakkan kita tanpa kita sedar.
Aku juga pernah baca pasal macam mana minda kita sangat ajaib, mampu merakam pengalaman sebanyak mana pun yang ada atas muka bumi ni, malah mampu mengeluarkan balik apa yang telah dirakam, yang kadang-kadang kita pun dah lupa dari mana kita dapat pengalaman tu.
Aku seorang yang skeptikal, itu tak dapat aku nafikan. Tapi apa yang aku baca tu pun, aku tak dapat nafikan.
Apa yang aku boleh simpulkan, selagi ada hayat dikandung badan, selagi itulah kita harus melaksanakan kebaikan kerana segala perbuatan kita memang auto-recorded walaupun kita tak mahu ianya dirakam. Setiap yang telah dirakam pasti akan keluar semula. Secara sedar atau tidak, setiap apa yang telah dirakam itu akan menjadi sebahagian daripada pengalaman hidup kita dan kita akan guna pengalaman tu dalam hidup kita sehari-hari. Masa tu ianya dipanggil TABIAT.
Pernah dengar pantun ni?
Siakap senohong, gelama ikan duri
Bercakap bohong, lama-lama mencuri
Orang tua-tua dulu pun sedar tentang hal ni, sebab tu pantun ni wujud. Tabiat yang baik akan mengasuh MINDA yang baik. Menarik kan? Bila kita nak start mengasuh minda kita? Aku nak start sekarang jugak, boleh?
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment