POST

Friday, February 8, 2013

SEJARAH - Sudut Pandang

Assalamualaikum..

        Kalau roboh Kota Melaka
                Papan di Jawa hamba dirikan
        Kalau sungguh bagai dikata
                Jiwa dan raga hamba serahkan

Pernah dengar pantun ni? Inilah warisan zaman yang masih ada dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Pepatah-petitih yang indah susunannya. Namun, apakah maknanya?

Aku pernah secara tak sengaja bertemu dengan orang yang pandai bahasa dan meminati warisan Melayu lama. Salah satu yang beliau utarakan masa tu, pantun inilah.

Katanya, "Dalam pantun ni, terselit semangat dan sejarah bangsa kita." Aku hairan jugak, pendek sangat pantun ni, macam mana nak terselit sejarah pulak. Kalau terselit semangat tu masuk akal la.

"Awak tahu tak?" beliau tanya lagi. Aku mampu geleng kepala saja. "Itulah budak-budak hari ni, kalau pasal sejarah bangsa, langsung tak ambik tahu."


Beliau bagitau, "Pantun ini melambangkan betapa suatu ketika Melayu adalah penguasa di Nusantara seluruhnya. Apa sahaja kepulauan yang ada di Asia Tenggara pada hari ini adalah dibawah penguasaan pemerintahan Kerajaan Melayu Islam. Pada masa tu, Islam telah bertapak kukuh dalam kebanyakan kerajaan Melayu. Dengan Islam inilah, persaudaraan umat Melayu di Nusantara menjadi kuat. Persaudaraan itu sangat kuat sehingga jika Melaka jatuh atau roboh, anytime umat Melayu di Jawa akan bangkit dengan semangat yang sangat tinggi; mempertahankan ketuanan Melayu dan agama tercinta."

Aku tercengang dengar apa yang beliau kata. Betul ke?

Peristiwa ni terjadi sekitar 6-7 tahun yang lalu. Aku minat sejarah, tapi aku tak pernah tahu hal-hal yang tersirat macam ni. Syukur kerana bertemu dengan beliau.

Walaupun begitu, aku bukan jenis yang ambik bulat-bulat apa yang orang kata (kadang-kadang ambik bulat-bulat jugak), terutamanya dalam hal atau bidang yang aku minat, sejarah la kan. Tapi sudut pandang beliau aku sangat hargai. Bermula dari masa itu, aku mula membaca kembali sejarah nusantara. Baik Malaysia, Indonesia, Thailand (Siam), Burma, Indochina (Kemboja, Vietnam, Laos) mahupun Fillipina. Malah, aku terpaksa juga baca sejarah India dan China untuk mendapat gambaran lebih jelas. Lebih dari itu, untuk lebih jelas lagi, aku juga mencari bahan-bahan bacaan berkenaan Empayar Islam yang telah berkembang sejak abad ke-7. 

Antara sumber pembacaan aku termasuklah carian di internet. Berbaloi jugak. 

Daripada pembacaan aku, aku dapati 5 kuasa besar Eropah pada masa tu, termasuklah England, Portugal, Sepanyol, Belanda dan Perancis telah membina koloni di Nusantara. Walaupun ada di kalangan kuasa-kuasa ini sedang berperang sesama sendiri, tapi untuk menakluki Nusantara, mereka saling membantu sesama sendiri. 

Koloni ini bukan dibuka dengan cara baik, ia terbina dengan ancaman perang terhadap pemerintah masa tu. Sehingga ke hari ni, kesan kolonial di seluruh Nusantara kita masih nampak.

Dalam buku teks sejarah mengatakan, faktor serangan kuasa-kuasa ini adalah untuk memecahkan monopoli kuasa ekonomi yang dikuasai Empayar Islam di Eropah dan India dengan menguasai perdagangan rempah. Faktor lain adalah kerana lanjutan daripada Perang Salib yang berlaku antara Kerajaan-kerajaan Kristian pada masa tu dengan Empayar Islam. Pada masa serangan pertama kuasa Eropah di Nusantara, pada tahun 1511 oleh Portugis, Melaka adalah pusat pemerintahan Empayar Islam di Nusantara yang ada hubungan dengan Khalifah Turki Othmaniyah di Turki (Eropah). Ini kerana, Empayar Melaka atau Nusantara adalah salah satu pusat pengajian Islam, Turki pula memiliki koleksi kitab-kitab Islam yang banyak.

Aku saja teliti balik. Kerajaan-kerajaan Kristian yang terlibat dalam Perang Salib termasuklah Perancis, Sepanyol, England, Belanda dan Portugal. Cerita pasal perang Salib ada difilemkan oleh industri filem Hollywood, seperti The Thirteenth Warrior, The Kingdom of Heaven dan banyak lagi. Ada tak kuasa lain yang terlibat dalam perang tu selain 5 kuasa ni? Tak perasan pulak aku.

Cuba tengok; "Portuguese influence was strong, as they aggressively tried to convert the population of Malacca to Catholicism". Aku jumpa ni dalam Wikipedia (History of Malaysia), sub-topik Struggle for Hegemony. Rujukan kepada statement  ini adalah:

Marshall Cavendish Corporation (2008). World and Its Peoples: Malaysia, Philippines, Singapore, and Brunei. New York: Marshall Cavendish Corporation. pp. 1174–1177, 1216–1217.

Kalau ikut apa yang tertulis dalam wikipedia ini, memang serangan Portugal ke atas Melaka bersifat perang agama atau lebih tepat lagi, lanjutan daripada perang Salib di Eropah.
Panjang sangat ni, nanti kita sambung lagi.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...