Assalamualaikum..
Benarkah harapan satu ilusi?
Harapan bermakna; orang atau sesuatu yg diharapkan / hal berharap. Dalam ertikata lain, harapan adalah pergantungan setelah tiada lagi daya / setelah berhabis usaha.
Ilusi adalah bayangan yang disangka benar.
Kita pernah dengar orang kata, "Kita berharap sajalah, semoga berjaya.." Harapan yang diletakkan pada usaha yang telah dijalankan. Berharap pada siapa?
Harapan timbul kerana apa yang kita mahu. Apa yang kita mahu, kita selalu rasa ia adalah yang terbaik. Betul ke?
Apa yang kita rasa terbaik, "Terbaik" adalah perkara subjektif, terbaik mengikut rujukan apa/mana? Rujukan kepada kehendak kita atau kehendak alam? Mungkin atau tidak, "terbaik" yang kita rasa itu satu ilusi?
Aku berpendapat, harapan adalah satu sandaran yang akan menenangkan kita. Tercapai atau tidak sesuatu harapan itu balik kepada keputusan/tindakan/pilihan yang kita buat. Pandangan aku, ia bukan satu ilusi.
Contoh; harapan seorang mukmin adalah masuk syurga. Salah ke? Ada rujukan tak untuk harapan itu? Kalau rujukan itu jelas, bermakna, "untuk masuk syurga, kena jadi mukmin lah". Betul ke salah? Nak jadi mukmin, apa yang nak kena buat? Kalau tak buat, ada harapan ke? Kalau tak buat apa yang mukmin patut buat, orang ni nak masuk syurga ke tak nak? Atau macam mana? Cer cerita sikit, kita share...
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment