Assalamualaikum..
Semalam aku tidor lambat, tolong orang rumah dalam kerja dia, siapkan abstark untuk submitt pada bos dia. Susah juga nak buat research ni ye. Dari tiada kepada ada, bukan kerja senang la.
Dari tiada kepada ada. Uish! Macam mana tu?
Semua perkara dalam dunia pun, dari tiada kepada ada. Tiada hubungan kepada ada hubungan. Tiada duit kepada ada duit. Tiada keluarga kepada ada keluarga. Pendek kata, perkara berfizikal mahupun tidak berfizikal semuanya dari tiada kepada ada.
Yang berbentuk fizikal, akan kembali kepada tiada atau hancur atau rosak. Tetapi yang tidak berfizikal kembali kepada tiada dengan cara menghilang.
Persoalannya, adakah kita sedar bahawa kita ini datang dari tiada? Sebelum kita lahir ke dunia, kita tiada di dunia ini. Kan? Sedar tak? Jadi, apa yang membezakan kita dengan orang lain? Wajah? Persona?
Kadang-kadang kita melihat diri kita mengatasi orang lain. Lebih baik dan lebih-lebih. Mengapa? Kadang kita melihat apa yang kita pegang lebih baik. Apa yang orang buat semua tak kena pada tempat, kita saja yang kena. Mengapa?
Apa yang aku cuba sampaikan, mari kita sama-sama melihat diri kita dan orang lain dari perspektif yang berbeza. Instead of looking for bad things, try to recognize good things. Mengiktiraf kebaikan yang ada pada orang lain, lebih baik daripada mencari keburukan. Sebab? Pertama, perkara baik akan menjadi buah mulut. Jadi, kita hanya akan mendengar yang baik sahaja dari sekeliling kita. Kedua, perkara baik akan menjadi ikutan. Yang ketiga, anak-anak akan senang diasuh.
"kalau tahu yang baik saja, macam mana nak buat pilihan?". Kalau aku, aku pilih orang yang berani mengiktiraf kebaikan lawannya. Kalau semua asyik cerita benda buruk saja, aku pun tak akan pilih mana-mana, sebab dua-dua pun sama.
"bau politik je ni.." hmmm.. perspektif dan persepsi. Aku pergi satu kedai, tanya satu barang, tuan kedai kata dia tak jual barang tu, dia cadangkan kedai sebelah, katanya kedai kat sebelah tu, barang yang awak cari bagus dan harganya sepadan. Aku pasti akan datng lagi kedai ni sebab tuan kedai ni tak cakap benda buruk pasal org lain, terutama tentang pesaingnya. Macam tu pun boleh kan? Politik ke? Itukan akhlaq!
Kebaikan adalah perkara yang selaras dengan prinsip fitrah. Semua orang suka kebaikan. Tak kira bangsa dan agama. Pada sesetengah orang, mengiktiraf kebaikan atau kelebihan orang lain, terutamanya pesaing terdekat adalah tanda lemah. Pada aku, ia tanda kekuatan dan kematangan.
Kita berani buat macam ni? Kalau tak berani, kita masih budak lah. Budak-budak ni, kalau dah bagitahu pun masih tak dengar, rotan je.
Sekadar pandangan peribadi. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment