POST

Wednesday, January 2, 2013

Kepercayaan dan Keyakinan

Assalamualaikum

Kepercayaan dan Keyakinan adalah dua perkara seiras tetapi mempunyai jiwa (soul ) yang berbeza dalam penggunaannya. Aku nak share  jugak pandangan aku tentang kedua-duanya, memandangkan kita telah melangkah ke Tahun Baru 2013, tahun yang mungkin akan mencabar sesetengah kepercayaan dan keyakinan. Seperti mana kita tahu, kalendar Mayan yang berakhir pada 21 Disember 2012 telah menjangka kemusnahan bumi selepas tarikh itu, namun tidak pula berlaku apa-apa yang signifikan. Ramai yang percaya, ramai yang tertanya-tanya dan ramai pula yang langsung tak endahkannya.

Semoga tahun 2013 akan memberikan lebih banyak input kepada kita untuk evaluate kepercayaan dan keyakinan kita, agar apa yang kita pegang dengan percaya dan yakin akan lebih kuat, atau lebih benar, atau perlu kita ubah kepada apa yang sebenarnya.

Jom kita tengok apa itu PERCAYA dan YAKIN.


KEPERCAYAAN
Datang dari perkataan PERCAYA; menurut kamus Dewan edisi ke-4, Percaya bermakna (rujukan):
  1. berasa yakin ttg; berasa yakin akan benarnya atau adanya sesuatu
  2. yakin akan dpt mencapai apa-apa yg dikehendakinya
Kepercayaan pula bermaksud : 
  1. anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll) 
  2. keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll)

Dalam Bahasa Inggeris, Kepercayaan bermakna : reliance, trust, credo, credibility, credence ( klik sini ), manakala, 
percaya pula bermaksud : to trust, believe.

KEYAKINAN
Datang dari perkataan YAKIN, menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, ia bermakna:
  1. percaya benar; tidak syak lagi
Keyakinan pula bermaksud - perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan

Dalam Bahasa Inggeris, Yakin bermakna - assured. 


Pada pandangan aku, Kepercayaan dan Keyakinan adalah dua perkara yang berbeza dari segi hasilnya. Sebab apa aku menggunakan Bahasa Inggeris sebagai salah satu rujukan makna? Kerana perbezaannya sangat jelas bila diungkap dalam bahasa Inggeris. Kalau guna rujukan bahasa Arab lagi baik, tapi aku tak pandai.

Dalam penggunaan umum, pada pandangan aku, PERCAYA adalah berasa akan benarnya  namun terdapat unsur boleh berubah dalam hasil hujung. Hasil hujung dalam percaya, tiada kepastian. Ia boleh jadi, seperti apa yang kita percaya, boleh jadi juga sebaliknya. Sebab itu dalam Bahasa Inggeris, ia disebut reliance  atau credence.  Contohnya, percaya ada hantu, masih ada kesangsian tentang adanya hantu kerana kaburnya sumber untuk meyakininya.

Manakala YAKIN  pula adalah tiada syak lagi, keputusan yang tiada perubahan, atau hasil hujung yang pasti. Dalam Bahasa Inggeris ia disebut assured  atau pasti. Kita akan yakin bila kita pasti dengan hasilnya. 

Beza Percaya dan Yakin dapat dilihat dalam kepercayaan beragama. Ianya sangat jelas. Orang yang percaya Tuhan, mungkin meragui Tuhannya pada satu ketika tapi mengakuinya pada ketika yang lain. Contohnya, bila kaya, "Tuhan merahmati aku", bila susah, "Adakah Tuhan itu adil?". Berbeza dengan dengan orang yang Yakin dengan Tuhannya. Apa pun terjadi, dia tetap yakin adanya Tuhan, yakin serata-ratanya tentang Tuhannya.

Apa gunanya kita berkongsi topik ini?

Pada aku, ianya sangat berguna terutama dalam meletakkan diri kita pada posisi mana; Kita Percaya atau Kita Yakin?

Orang yang percaya, biasanya akan sentiasa mencari sebab/helah untuk membenarkan kepercayaannya. Ini kerana, sumber untuk kepercayaannya tidak boleh dibuktikan benarnya.

Orang yang yakin pula sebaliknya, kerana dia tahu walaupun tak dapat dibuktikan benar, sumber rujukan untuk keyakinannya adalah benar dan boleh dibuktikan benar.

Bagaimana dengan kita? Adakah kita percaya atau kita yakin dengan apa yang kita pegang pada hari ni?

Hasilnya, apa sahaja tindak tanduk kita akan dicorakkan. Contohnya, orang yang pecaya Tuhan pun ada yang mencuri, kenapa ya? Tapi orang yang yakin pada Tuhannya pasti tidak akan mencuri. Boleh kita buktikan? Tak perlulah kita buktikannya, kerana ia ada dalam masyarakat manusia sejak dahulu, perhatikanlah.

Dalam pemerhatian aku, orang yang percaya selalunya banyak bercakap dan jarang bertindak, manakala orang yang yakin banyak bertindak dan jarang bercakap.

Pandangan aku saja.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...