Assalamualaikum...
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling indah dan terbaik. Tiada ciptaan lain yang Allah akui terbaik melainkan manusia. Aku bukan nak berceramah, tapi itulah hakikatnya seperti yang Allah sebut dalam Surah At-Tin, ayat 4, "Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian.."
Namun begitu, manusia juga adalah makhluk yang Allah cipta, pasti ada Had Hingga. Apa maksud had hingga?
Kalau ikut Kamus Dewan had maknanya garis yang terakhir / batas. 'Hingga' juga merujuk kepada batas / garis yang terakhir, digunakan sebagai kata penguat.
Batasan seorang manusia terbahagi kepada 3 keadaan kejadiannya.
Batas yang pertama adalah Batasan Fizikal. Keupayaan seorang manusia terbatas kepada kekuatan otot-otot badannya dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Untuk orang yang menceburi Seni Bela Diri, kekuatannya berbeza dengan orang yang menceburi Gimnastik contohnya. Atau untuk seorang petani, kekuatannya berbeza dengan seorang tukang jahit. Semua bergantung kepada aktiviti fizikal yang dilaksanakan.
Batas yang kedua, Batasan Akal. Minda manusia mempunyai imaginsi yang tinggi dan jauh serta mampu lari dari realiti. Namun ia dibatasi dengan logik dan moral. Tugas akal bukan semata-mata berfikir untuk menyelesaikan masalah atau halangan, tetapi lebih kepada tempat memproses semua input yang diterima melalui pancaindera, terutama Mata, Telinga dan Hati (sixth sense?). Batas logik pada akal ini bergantung kepada berapa banyak input yang ada dalam kotak pengetahuan akalnya. Untuk seorang doktor, membedah pesakit bukan sesuatu yang di luar logik, tetapi untuk seorang jurutera lain pula penerimaannya. Batas moral pula bergantung kepada kepercayaan seseorang. Kotak kepercayaan ini bergantung kepada apa yang dia percaya, jika kepercayaannya dalam ruang logik, maka batasan akalnya rendah. Jika kepercayaan itu melepasi batas logik, maka batas akalnya akan berada pada garis terakhir yang lebih tinggi. Kepercayaan yang melepasi batas logik, akan meletakkan keyakinan pada perkara yang terbukti namun tidak dapat diuji.
Harus kita ingat, batas logik adalah batasan perkara yang kita ada pengetahuan tentangnya.
Batas yang ketiga adalah Batasan Rohani atau Jiwa. Semakin tinggi keyakinan kita kepada apa yang kita yakin, semakin tinggi batas jiwa kita. Semakin tinggi batasan jiwa kita, semakin tinggilah batas fizikal dan akal kita. Kita selalu dengar dengan peristiwa amuk, bukan? Orang yang mengamuk selalu dipanggil 'hilang akal'. Dengan jiwanya yang kacau, dia mengamuk dengan kekuatan fizikalnya yang turut meningkat. Betulkan? Tetapi orang yang hilang akal, keadaan tak ubah seperti haiwan. Tiada pertimbangan.
Kekuatan Jiwa boleh dilatih sehingga kita mampu meningkatkan batasan akal dan fizikal kita secara kita sedar dan terkawal. Walau setinggi mana pun, tetap ada batasnya.
Apa yang aku cuba nak sampaikan, hujung sesuatu perkara, ia tetap kembali kepada Allah. Hujung manusia, mati. Hujung sihat, sakit. Hujung kaya, miskin. Hujung lapang, sibuk. Hujung muda, tua.
Macam mana ia kembali kepada Allah? Contohnya begini, seorang ibu melarang anaknya memanjat pokok, anaknya panjat juga kemudian jatuh, berdarah kaki. Apa yang ibunya akan cakap? "Kan ibu dan pesan?", kan?
Sama juga keadaannya dalam hidup kita. Ia kembali kepada Allah kerana Dia dah bagitau/pesan apa yang akan jadi kalau kita buat begini dan begitu. Kita buat juga, memang akan jadi macam yang Allah katalah. Kalau kita buat apa yang Dia suruh, maka baiklah hujungnya. Kalau kita buat apa yang dia larang, maka buruklah hujungnya. Ia tidak memerlukan logik yang tinggi untuk menilai apa yang Allah kata, cuma adakah kita ambil tahu / peduli tentang apa yang Dia kata? Atau kita hanya seronok mendengar ceramah/kuliah, namun belum praktis lagi?
Apa yang kita tahu, bukan untuk dibanggakan, bukan untuk dicanangkan, tetapi untuk dilaksanakan. Buat apa yang kita tau, jangan tak tau apa yang kita kena buat. Lebih sedih lagi, buat-buat tak tau apa yang kita kena buat. Hok tu berat la sket!!!
Apa-apa pun, kita tetap manusia dengan batasan kemampuan.
Kita berusaha yang terbaik dalam hidup kita, kerana Allah suruh kita berusaha, Nabi S.A.W. suruh kita berusaha. Cari rezeki bersungguh-sungguh. Didik anak-anak bersungguh-sungguh. Nak buat apa pun bersungguh-sungguh. Jadi, kita pun buat dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah apa yang disuruh oleh Allah dan Rasul-Nya. Jiwa kita akan berusaha mengatasi semua halangan yang ada, kerana kita sedang melaksanakan surunhanNya. Kuatkan jiwa yang macam ni???
Kesimpulannya, had hingga seorang manusia sangatlah rendah dibandingkan dengan keagongan Ilahi.Apa sangatlah yang kita ada, kuat? Sihat? Muda? Kaya? Semua akan kembali kepada Allah, nyawa kita pun akan kembali kepada Allah. Apa sangat yang kita nak bangga? Kalaulah kita ni rasa macam lebih sikit dari orang lain, ukurannya macam 1 inci banding dengan sebatu pada Allah. Allah hanya pandang orang yang perbuatannya menepati apa yang Dia kata. Anda percaya?
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment