POST

Wednesday, January 30, 2013

Perhubungan Manusia

Assalamualaikum..

Kali terakhir aku menulis hampir 2 minggu yang lalu. Banyak perkara nak diuruskan, nak menulis pun tak rasa senang.

Dalam 2 minggu ni, aku banyak berurusan dengan ramai orang. Kadang-kadang aku rasa cara aku berurusan tak betul; kasar, tak senyum dan macam-macam lagi. Aku kena baiki lagi komunikasi aku dengan orang lain. Walaupun apa alasannya, sakit hati, geram atau apa pun, kita bukan mendendami orang yang menguruskan, tapi urusan yang tersangkut tu yang kita emosi sikit. Orang yang menguruskan mungkin dalam kondisi atau keadaan yang tidak menentu kerana hal lain, kan! Aku kena lebih memahami, dengan harapan orang lain pun akan memahami juga. Sebagai contoh, orang yang bekerja perlu mematuhi arahan, sama ada polisi atau arahan bos, kita kena lebih flexible  supaya boleh dimudahkan urusan. Pengajaran yang baik untuk aku.

Dalam entry ni, aku nak menulis pasal hubungan antara manusia, lanjutan daripada pengalaman aku seperti di atas.

Dalam hidup kita, kita semua manusia kan, perhubungan yang wujud aku kelaskan kepada 3 jenis.

Friday, January 18, 2013

Mengiktiraf Kebaikan

Assalamualaikum..

Semalam aku tidor lambat, tolong orang rumah dalam kerja dia, siapkan abstark untuk submitt  pada bos dia. Susah juga nak buat research ni ye. Dari tiada kepada ada, bukan kerja senang la.

Dari tiada kepada ada. Uish! Macam mana tu?

Semua perkara dalam dunia pun, dari tiada kepada ada. Tiada hubungan kepada ada hubungan. Tiada duit kepada ada duit. Tiada keluarga kepada ada keluarga. Pendek kata, perkara berfizikal mahupun tidak berfizikal semuanya dari tiada kepada ada.

Yang berbentuk fizikal, akan kembali kepada tiada atau hancur atau rosak. Tetapi yang tidak berfizikal kembali kepada tiada dengan cara menghilang.

Persoalannya, adakah kita sedar bahawa kita ini datang dari tiada? Sebelum kita lahir ke dunia, kita tiada di dunia ini. Kan? Sedar tak? Jadi, apa yang membezakan kita dengan orang lain? Wajah? Persona?

Kadang-kadang kita melihat diri kita mengatasi orang lain. Lebih baik dan lebih-lebih. Mengapa? Kadang kita melihat apa yang kita pegang lebih baik. Apa yang orang buat semua tak kena pada tempat, kita saja yang kena. Mengapa?

Apa yang aku cuba sampaikan, mari kita sama-sama melihat diri kita dan orang lain dari perspektif yang berbeza. Instead of looking for bad things, try to recognize good things.  Mengiktiraf kebaikan yang ada pada orang lain, lebih baik daripada mencari keburukan. Sebab? Pertama, perkara baik akan menjadi buah mulut. Jadi, kita hanya akan mendengar yang baik sahaja dari sekeliling kita. Kedua, perkara baik akan menjadi ikutan. Yang ketiga, anak-anak akan senang diasuh.

Tuesday, January 8, 2013

Had Hingga Seorang Manusia

Assalamualaikum...

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling indah dan terbaik. Tiada ciptaan lain yang Allah akui terbaik melainkan manusia. Aku bukan nak berceramah, tapi itulah hakikatnya seperti yang Allah sebut dalam Surah At-Tin, ayat 4, "Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian.."  

Namun begitu, manusia juga adalah makhluk yang Allah cipta, pasti ada Had Hingga. Apa maksud had hingga

Kalau ikut Kamus Dewan had maknanya garis yang terakhir / batas. 'Hingga' juga merujuk kepada batas / garis yang terakhir, digunakan sebagai kata penguat.

Batasan seorang manusia terbahagi kepada 3 keadaan kejadiannya.

Monday, January 7, 2013

Semalam, Sekarang, Esok

Assalamualaikum..

Hari ni, aku pergi kedai jalan kaki. Kereta masih di workshop.  Sambil berjalan, aku melihat suasana yang sama sahaja sejak seminggu yang lalu.

Adakah suasana yang aku tengok hari ni sama dengan semalam? Adakah suasana esok masih akan sama dengan hari ini? Terfikir jugak, kalau sama, apa yang sama? Kalau tak sama, apa yang tak sama? Apa pun suasananya, semoga aku masih mampu berjalan dengan aman seperti hari ini.

Baru-baru ni aku layan TV9, Kung Fu Panda, ada satu kata-kata yang aku rasa agak famous,  

"Yesterday is a history, tomorrow is a mystery, today is a gift...."

Banyak perkara semalam adalah kenangan buat kita. Ada yang sedih, ada yang gembira dan pasti ada juga yang kita tak nak kenang lagi. Semalam adalah sejarah jika ia tertulis. Semalam adalah sejarah jika ia adalah acuan siapa kita pada hari ini. Jika tidak, ia hanyalah kenangan semata-mata. Adakah peristiwa semalam menjadi sejarah atau sekadar kenangan kepada kita? Kenangan sifatnya sentimental manakala sejarah sifatnya objektif dan tidak memihak.

Ada orang kata, "Sejarah ditulis oleh yang menang.." atau "History was written by the winner...". Betul ke, aku tertanya-tanya juga. Siapa yang menang? Jika itu keadaannya, adakah sejarah yang tertulis itu benar? Boleh jadi ya, boleh jadi tidak, kan? Apa-apa pun, sejarah tetap sejarah walau siapa pun penulisnya.

Apa yang aku cuba sampaikan adalah, apa yang kita faham tentang sejarah kita? Diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita seterusnya kehidupan kita seluruhnya. Apa yang kita faham? Adakah dengan kefahaman itulah yang membentuk kehidupan kita pada hari ini? Atau mungkin kita tidak tahu dan dengan itu hidup kita pada hari ini dibentuk oleh keadaan hari ini?

Friday, January 4, 2013

Renungan Bapak

Assalamualaikum..

Hari Jumaat, 21 Safar 1434H.

Anak-anak dah mula bersekolah atau bertadika sejak dua hari yang lalu. Sebagai melunaskan tanggungjawab, anak-anak kita disekolahkan mengikut umur sepatutnya.

Kita meletakkan tanggungjawab mengajar kepada yang lebih bijak mengajar, yang selama ini kita gelarkan guru atau cikgu. Satu ketika dulu, kita juga berada dalam situasi yang sama seperti anak-anak kita, masihkah kau ingat?

Dengan kebergantungan kita kepada cikgu, kita pun keluarlah mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan sekolah, makan, pakai, tempat tinggal dan hal-hal lain. Alhamdulillah, rezeki Allah memang berterusan, semoga berterusan.

Masihkah kau ingat? Semasa mula-mula menjejak kaki ke sekolah, apa reaksi kita? Seronok? Takut? Malu? Itulah perasaan anak-anak kita sekarang.

Wednesday, January 2, 2013

Kepercayaan dan Keyakinan

Assalamualaikum

Kepercayaan dan Keyakinan adalah dua perkara seiras tetapi mempunyai jiwa (soul ) yang berbeza dalam penggunaannya. Aku nak share  jugak pandangan aku tentang kedua-duanya, memandangkan kita telah melangkah ke Tahun Baru 2013, tahun yang mungkin akan mencabar sesetengah kepercayaan dan keyakinan. Seperti mana kita tahu, kalendar Mayan yang berakhir pada 21 Disember 2012 telah menjangka kemusnahan bumi selepas tarikh itu, namun tidak pula berlaku apa-apa yang signifikan. Ramai yang percaya, ramai yang tertanya-tanya dan ramai pula yang langsung tak endahkannya.

Semoga tahun 2013 akan memberikan lebih banyak input kepada kita untuk evaluate kepercayaan dan keyakinan kita, agar apa yang kita pegang dengan percaya dan yakin akan lebih kuat, atau lebih benar, atau perlu kita ubah kepada apa yang sebenarnya.

Jom kita tengok apa itu PERCAYA dan YAKIN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...