POST

Monday, October 29, 2012

Salam Hari Raya

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Sejak 2-3 tahun ni, aku enjoy Hari Raya lebih dari aku rasa masa zaman budak-budak.

Aku baru terasa yang Hari Raya sangat menyenangkan bila kita melaksanakan apa yang sepatutnya lebih daripada mengikut trend.

Trend Hari Raya sangat berbeza mengikut budaya masyarakat setempat. Namun secara umumnya sama saja. Trend adalah ikutan yang
mencorakkan perayaan/masyarakat, yang kita semua pun maklum. Semua orang sambut raya.

Apa yang sepatutnya kita laksanakan semasa hari raya?

Apa yang aku buat seperti berikut. Perkara pertama, bangun dan jemaah subuh bersama. Kedua, takbir raya bersama keluarga. Ketiga, sarapan bersama-sama. Keempat, barulah buat keputusan nak jemaah sunat hari raya di rumah atau di masjid. Yang kelima, baru pikir pasal nak balik kampung. Orang lain mungkin lain caranya.


Monday, October 22, 2012

Indahnya Hidup Tanpa Hutang 2: Kisah Sisipan

Assalamualaikum...

Aku kongsi sikit penulisan dari blog IDEA FAIZUL - Panduan Merancang Kewangan Keluarga yang membawa satu kisah sisipan sebagai pendorong.

Semoga kisah ini membuka satu persepsi baru untuk kita, untuk aku sendiri jugak.

 Alhamdulillah.

Makna Ketamadunan


Assalamualaikum..

Aku tengah surf pasal ketamadunan, saja nak meneliti tafsiran tentang ketamadunan yang mudah untuk aku faham. Aku terjumpa nota kuliah TITAS untuk UiTM.

Bagus juga sebagai bacaan kerana ianya agak ringan.

Lihat link berikut; Nota TITAS (CTU551-UiTM) .

Kesimpulan Makna Ketamadunan:

"......konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang luas meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna......"

Alhamdulillah.


Indahnya Hidup Tanpa Hutang 1

Assalamualaikum..

Hidup tanpa hutang, suka tak?

Aku masih ingat masa zaman sekolah dulu.. ".. nanti abis belajar, kerja, dah buleh beli kereta dan rumah..." kata mereka-mereka yang telah melepasi zaman belajar, kata ibu-ibu dan ayah-ayah untuk memberi semangat kepada anak-anak.

Sejak dari dulu, aku agak terkilan dengan pesanan yang macam ni. Antara puncanya, masa tu aku terfikir, nak suruh aku belajar ni untuk beli kereta dan rumah ke? Geram jugak. Sampai ke hari ni, perasaan tu ada lagi.

Bapak aku pesara kerajaan, pernah berkata, ".. kerja kerajaan la senang, senang nak buat loan." katanya.. Sama jugak, aku kurang setuju.. Lagi senang nak buat loan, lagi banyak kita buat loan. Dengan kata lain, sentiasa berhutang.

Thursday, October 18, 2012

Indahnya PERSAUDARAAN

Assalamualaikum..

Aku teringin untuk berdiskusi pasal PERSAUDARAAN. Apakah Persaudaraan?

"Saudara" ada banyak tata penggunaan. Sebagai pengganti diri, "saudara" bermaksud awak/kamu untuk lelaki, panggilan yang sopan dan hormat dalam suasana tertentu. Tapi ia jarang sekali digunakan pada masa sekarang.

"Saudara" sebagai kata nama digunakan untuk menerangkan hubungan dalam percakapan harian. Selalunya ia bermaksud mempunyai hubungan kekeluargaan.

PERSAUDARAAN pula adalah terbitan dari "saudara". Ia memberi makna perikatan antara jiwa-jiwa yang menerima antara satu sama lain. Persaudaraan adalah perikatan yang menyatukan corak pemikiran dan pelaksanaan kehidupan seharian, secara langsung atau tidak langsung. Ia juga disebut "Brotherhood" dalam Bahasa Inggeris dan "Ikhwan" dalam bahasa Arab. Dalam pertuturan loghat Melayu Utara dan Timur Semenanjung, disebut "adik-beradik".

Apa yang cantik dan indah tentang Persaudaraan?

Hidup bersaudara adalah fitrah manusia. Ia sebahagian daripada sistem sosial manusia. "Bersaudara" adalah deklarasi antara dua jiwa, seperti contoh, "...kita berdua bersaudara..". Hubungan yang wujud ini tidak semestinya berdasarkan kekeluargaan atau keturunan

Wednesday, October 17, 2012

Indahnya AKHLAQ

Assalamualaikum...

Aku suka melihat anak-anak kecil yang bercakap sopan dan merujuk orang yang lebih tua sebagai ‘pakcik’, ‘makcik’ atau ‘abang’ atau ‘kakak’. Comel kan.

Anak-anak yang masih dalam proses menyerap budaya dan peribadi. Anak-anak kecil bukan sahaja anugerah Allah, malah merupakan contoh yang Allah lampirkan kepada kita agar kita mengingatkan diri kita dengan fitrah asal manusia. Tiada bersedih hati, tiada khuatir, yakin dengan orang tuanya dan juga ahli keluarga lain di sekeliling mereka.

Anak meyakini kepimpinan orang tuanya, itu fitrah. Abang dan kakak sentiasa memimpin adik-adiknya, itu fitrah. Anak-anak kecil menyayangi ahli keluarga mereka tanpa alasan, itu fitrah. Allah sentiasa memimpin anak-anak ini dan seterusnya kepimpinan itu bertukar tangan kepada ibu bapa, itu juga fitrah. Sekarang? Adakah kita masih lagi dipimpin? Oleh Allah terutamanya, masihkah?

Aku bukan nak berceramah, hasil bacaan dan pengamatan sahaja. Hubungan dengan Allah sangat berkait rapat dengan Akhlaq. Kepimpinan Allah sangat sebati dengan Akhlaq. Mari kita lihat, siapa yang kena!!!

Perkataan Akhlaq berakar umbi dari perkataan kha-la-qa; daripada bahasa Arab. Perkataan ini banyak kita temui dalam Al-Quran, seperti dalam Surah Al-‘Alaq, surah ke 96. Banyak juga disebut terbitan-terbitan perkataan ini termasuklah “khaa-liq” dan “makh-luq”. Akhlaq/Khaliq/Makhluq adalah kata nama yang memberi makna berbeza tetapi dalam satu hubungan yang jelas.

Tuesday, October 16, 2012

Indahnya Tamadun Bangsaku


Assalamualaikum

Kesempatan ini, aku nak berkongsi satu blog yang sangat menarik hati, Alter Terahsia Bangsa Melayu (ATBM). Sebagai tanda aku menghargai penulisan blog tersebut, aku sematkan linknya dalam Indahnya Bangsaku seperti diatas.

Mengapa penulisan ini sangat menarik perhatianku?

Pertama, penulisan ini berdasarkan penelitian seorang ahli sejarah yang bersemangat. Dalam pengamatan aku, penulisannya sangat
objektif dalam penjelasan dan huraian walaupun ia lebih bersifat jurnal kehidupan dan jiwa penulisnya. Pembuktian dan hujah disertakan dengan sumber dan bukti. Jiwa penulis jelas terpapar.

Kedua, kerana ia menceritakan tentang Ketamadunan Bangsa Melayu yang tidak pernah tersiar seterbuka ini. Malah fakta-fakta beliau disokong oleh banyak manuskrip dan catatan lama yang setua hampir 5000 tahun (2000 tahun sebelum Masihi). Tambahan pula, kebanyakan manuskrip tersebut telah diteliti oleh ramai sarjana sejarah sejak 1800 M hingga sekarang. Kebanyakan mereka secara langsung atau tidak langsung mengakui ketamadunan bangsa Malayu atau Mala atau Melayu.

Ketiga, perincian kerumpunan bangsa-bangsa peribumi (Melayu/Cham/Khmer/Mon/dan lain lagi); di Asia Tenggara khususnya dan Asia umumnya serta perhubungan dengan tamadun-tamadun yang dianggap besar seperti Namrud di Mesopotamia dan Firaun di

Friday, October 12, 2012

Thursday, October 11, 2012

Beza Cantik dan Indah

Assalamualaikum,

Hari ni mood aku agak berserabut dek rasa hati yang gundah. Tapi, bila difikir balik, pasti ada keindahan disebalik gundah ini kan!

Walau bagaimana pun, aku nak tulis pasal Cantik dan Indah. Apa dikatakan Cantik dan lagu mana pula dikatakan Indah.

CANTIK.. dari segi bahasa aku pun tak tahu maksudnya cuma yang pasti ia adalah kata sifat yang menggambarkan sesuatu yang boleh nampak / zahir.



Misalnya, ".....awak cantik.." menggambarkan perasaan yang bercakap terhadap "awak" dari segi luaran, sama ada rupa, pakaian atau pun gerakan.

INDAH.. sama jugalah, aku tak tahu maksud dari segi bahasa. Tapi dari segi penggunaan, ia menggambarkan perasaan takjub yang bukan hanya menilai luaran, tapi aura yang sampai kepada yang melihat/merasa/mendengar. Ia melibatkan perasaan dalaman.

Misalnya, "... indah sungguh hari ni..", 'hari' adalah sesuatu yang tak nampak dek mata, tapi aura rasa pada hari tersebut boleh dirasai, agak-agaknya begitulah.

Monday, October 8, 2012

Aku Suka Yang Cantik

Assalamualaikum

Soalan, siapa yang boleh menafikan kecantikan yang nampak di mata kita? Jawapannya, kita sendiri tidak boleh menafikan, tetapi orang lain boleh menafikan kerana mereka mempunyai pandangan yang lain tentang apa yang cantik, pada mata mereka.


Jadi, perlu ada pertelagahan? Jawab sendiri... (terkebil-kebil)

Aku suka yang cantik. Pada mata aku, yang cantik adalah yang memberi makna kepada aku. Selain dari itu tidaklah mustahak.

Aku suka yang cantik dan indah. Pada mata aku, yang cantik dan indah adalah yang mengingatkan aku. Jika melalaikan aku, ianya tak cantik dan langsung tak indah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...