POST

Wednesday, January 29, 2014

NASUHA

Assalamualaikum...

Baru-baru ni aku dan isteri telah menyambut kedatangan ahli keluarga kami yang baru dilahirkan. Seorang bayi perempuan seberat 2.3 kg. Alhamdulillah, kesihatan ibu dan anak dalam keadaan baik.

Menamakan anak dengan nama yang baik adalah tanggungjawab ibu bapa. Kami pun berusaha mencari nama yang baik-baik lalu kami ajukan kepada datuk-datuk dan nenek-nenek. Maka berlakulah perbincangan selama seminggu. Akhirnya kami berdua memutuskan untuk menamakannya Nasuha. Si abang yang berumur 5 tahun juga setuju, nenek-nenek juga setuju, kakaknya juga setuju, Alhamdulillah.

3-4 hari yang lepas, selesailah sudah upacara cukur kepala baby girl, Nasuha.

NASUHA, aku pernah jumpa perkataan ini dalam surah Attahrim (66) ayat 8. Dalam ayat tersebut, Allah menyeru kita (orang-orang beriman) agar bertaubat kepada Allah dengan Taubat Nasuha agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan kita dalam syurga... (hingga akhir ayat).

Secara umumnya yang kita faham, taubat Nasuha bermaksud:
"Taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan menyesali segala perbuatan dosa dan maksiat dan berusaha untuk menghentikan dan meninggalkan maksiat." - subiharon (blogger bebas)

 

Monday, January 13, 2014

AKU ADA SATU IMPIAN

Assalamualaikum...

Aku ada satu impian dengan kehidupan yang sederhana. Aku selalu membayangkan kehidupan aku dengan sebidang tanah, mungkin 2 atau 3 ekar, rumah yang aku bina sendiri, ladang tanaman yang canggih, kandang lembu dan kambing yang seadanya dan reban ayam organik. Paling penting sekali, aku TIDAK BERHUTANG.
Aku juga membayangkan, kami sekeluarga sentiasa bangun awal pagi dan bersolat bersama-sama. Sementara anak-anak bersiap untuk ke sekolah, isteriku menyiapkan sarapan. Aku menghantar anak-anak ke sekolah sambil berbual-bual dengan mereka sepanjang perjalanan. Balik dari sekolah aku singgah sekejap di warung bertanya khabar dengan jiran-jiran sebelum terus ke kebun di belakang rumah.
Tengah hari, aku ambil anak-anak dari sekolah dan terus pulang ke rumah. Isteri sedia menunggu dengan hidangan tengah hari yang ala kadar. Selepas makan, aku take a nap sementara menunggu solat Zuhur dan anak-anak bersiap untuk ke sekolah agama. Pulang dari menghantar anak-anak ke kelas agama, aku berehat di laman yang teduh dan nyaman sambil membaca atau mungkin juga menulis.
Lepas bersolat Asar, aku menjemput anak-anak dari sekolah agama dan terus pulang ke rumah.
Sebelah malam, selepas bersolat Isya' bersama-sama, kami sekeluarga akan duduk berborak, sambil anak-anak menyiapkan kerja sekolah.
 Itulah impian aku. Mungkin rutin ini tidak berlaku setiap hari but most of the day, hopefully.
Dream atau impian bukan satu mimpi. Ia adalah harapan yang tersemat kukuh di dalam benak sanubari. Ia adalah bahan api (fuel) yang memberi motivasi kepada kita dalam mempertahankan cara hidup yang terbaik dan sentiasa bersabar.



Sunday, January 12, 2014

LIKU: Menangani Perubahan


Assalamualaikum...

Kehidupan sinonim dengan masa. Tidak pernah terhenti walau pun seketika. Seiring dengan detik yang berlalu, perubahan demi perubahan kita tempuh sepanjang hayat kita.



Semasa kecil, kita menangani perubahan dengan bergantung harap kepada ibu dan bapa. Setiap perubahan yang berlaku dalam hidup kita adalah juga perubahan dalam hidup keluarga kita. Setiap perubahan tersebut membenihkan harapan baru dan rutin yang baru.

Friday, January 10, 2014

HIKMAH: Ability To Learn

Assalamualaikum...


Learning is a way to achieve consciousness…”

Without knowledge, there is no way we can call ourselves a human being or even a living creature…”

Enlightenment is not because of the knowledge we have, but because of experience we endure…”

Learn and study is two different word referring to two different things to achieve the same goal…”

What have you learn last year? Apa yang telah anda pelajari tahun lepas... atau mungkin juga semalam, atau pagi tadi?


Sepanjang tahun lepas, pelbagai isu telah timbul. Apa yang telah kita pelajari? Kenaikan harga barang, isu kalimah Allah, isu syiah, isu ajaran sesat, isu gansterism, isu tembak dan bunuh dan banyak lagi... belum masuk lagi isu keruntuhan moral yang tidak berkesudahan, malah makin pelik.

Tuesday, January 7, 2014

KEWANGAN: Sepatutnya vs Sebenarnya

Assalamualaikum...

Bulan-bulan akhir tahun 2013 disulami banyak berita berkaitan dengan kos sara hidup. Semuanya naik, sampai rakyat naik minyak. Kebergantungan rakyat kepada kerajaan menjadi seolah-olah sebaliknya.

Dari segi aliran tunai, kebanyakan rakyat kelas pertengahan, gaji antara RM 3,000 hingga RM 6,000, aliran tunai mereka terganggu. Mengapa? Cuba kita kira secara bulanan:

Rumah (beli) - RM 1,200.00
Kereta - RM 1,000.00
Makan - RM 1,500.00 (RM 50/hari)
Kad Kredit - RM 500.00 (satu kad)
Personal Loan - RM 600.00
Api - RM 80.00
Air - RM 40.00
Unifi/Astro - RM 100.00
H/P - RM 70.00
Duit anak sekolah - RM 150.00 (RM 5/hari)
Sewa Van sekolah - RM 30.00 (dekat)
Kelas petang - RM 250.00
Pusat asuhan - RM 250.00
Tadika - RM 400.00 (pagi - petang)
JUMLAH - RM 6,170
Ini adalah perbelanjaan isi rumah yang standard bagi kebanyakan rakyat kelas pertengahan sekarang yang berumur antara 27-35 tahun dengan 3 anak (boleh dikatakan begitu). Kiraan di atas belum termasuk tol, petrol, kereta kedua atau kredit kad yang lain yang boleh dianggarkan sebanyak RM 2,500.00. Jika ada polisi insurans yang dibayar bulanan, mungkin akan ditambah lagi RM 500.00. Jumlah keseluruhan boleh mencapai sehingga RM 9,170.00. Ini hanya kiraan secara kasar, kalau dihaluskan mungkin jumlahnya akan lebih rendah.

Monday, January 6, 2014

REVIEW 2013

Assalamualaikum..

Aku sekadar ingin melihat ke belakang, mengira langkah perjalanan Aku Rasa Cantik dalam Review 2013 ini.

Aku Rasa Cantik mula mengorak langkah pada 8 Oktober 2012, lebih kurang 15 bulan yang lalu. Pada hari ini, telah mencatatkan 80 post secara keseluruhan dan mendapat lebih 3300 view. Tujuan aku menulis pada hari ini bukan untuk melihat rating atau yang senada dengannya, tetapi lebih untuk menilai apakah penyampaian aku ini menepati niat asal wujudnya Aku Rasa Cantik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...