POST

Thursday, August 22, 2013

MERANCANG UNTUK BERJAYA

Assalamu'alaikum...

Siapa yang tidak mahu kejayaan? Semua orang mahu berjaya. Semua orang ada taste atau citarasa kejayaan masing-masing. Tetapi tak semua orang yang ukur baju di badan sendiri, atau pun  sanggup berakit-rakit ke hulu. Asyik nak cepat saja, well... aku pun sama.

Apakah kejayaan sebenarnya? Bagaimana kejayaan diukur? Berbaloikah untuk menggapainya sehingga sanggup kita bersakit-sakit dahulu? Jawapannya terletak dalam jiwa masing-masing. Hasil kepada jawapan ini akan membawa kita kepada perancangan untuk berjaya, mengikut perspektif kita.

Hiasan
Dalam nak berjaya, bagaimana nak ukur baju di badan sendiri? Cuba tengok pepatah tu secara fizikalnya, badan boleh membesar, boleh mengecil dan saiz baju akan ikut besar badan lah! Kemampuan umpama badan, keinginan umpama baju, mudah kan! Kemampuan boleh meningkat dan boleh juga menurun, tapi selalunya keinginan tidak pernah menurun, asyik meningkat saja. Hasilnya, selekeh ler.. ataupun ketat, sesak nafas. Tapi, kunci yang paling terang, badan sendiri... hanya kita yang tahu baju yang sesuai untuk badan kita. Orang lain boleh memberi pendapat, tapi keselesaan baju itu di tangan kita, kerana kita yang nak pakai. Sama jugak dalam hal kemampuan dan keinginan, kita lagi faham kemampuan kita, jangan biar orang lain memanipulasi keinginan kita, kelak yang nak menanggung bebannya, kita jugak.

Walau bagaimana pun, jika kita inginkan pakaian yang lebih besar, kita hanya perlu badan yang lebih besar. Ada banyak shortcut kalau kita nak besarkan badan. Tapi kena la terima risikonya, kesan sampingan yang mungkin memudaratkan badan, malah akan merugikan kita untuk masa yang lebih panjang. Atau, kita mengambil masa untuk mencapainya secara berdikit, sanggup ka? Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, sekali lagi, sanggup ka?


Tidak salah jika kita menginginkan sesuatu yang besar, tinggi, hebat, pendek kata yang best saja. Memang tak salah. Mahu jadi jutawan tak salah, mahu jadi usahawan tak salah, mahu jadi hartawan pun tak salah. Cuma yang jadi masalahnya, macam mana jalannya, apa caranya, mampu ke nak ambil jalan dan cara tersebut?

Kehidupan adalah satu perjalanan. Kejayaan pula hanyalah check-point dalam perjalanan tersebut. Kalau nak detail lagi, kegagalan juga check-point dalam kehidupan. Malah, kegagalan juga adalah satu kejayaan; kita berjaya membuktikan langkah yang kita ambil tidak tepat.

Perjalanan kehidupan berkadar terus dengan masa, begitu juga kejayaan. Merancang untuk berjaya perlukan masa untuk berhasil. Lagi panjang masa yang kita ambil, kejayaan akan lebih realistik. Contoh, untuk kumpul RM1000 ringgit dalam masa seminggu, kita perlu menghasilkan RM143.00 sehari. Jika ia dikumpulkan dalam masa sebulan, perlu RM 33.33 sehari, jika tiga bulan, sehari baru RM 11.11 kan! Mana lebih realistik, RM 143.00 sehari, atau RM 33.33/hari atau RM 11.11/hari?

Dalam apa-apa perancangan, berjaya melaksanakan perancangan tersebut adalah satu kejayaan. Mengapa? Kerana hasil yang kita inginkan hanya akan realistik apa perancangan mula beroperasi. Kalau tidak, jadilah macam pungguk rindukan bulan, boleh tengok saja. Mahu tapi tak mahu.. macam mana tu??!!!


Kejayaan yang sebenar pula ialah apabila kita mampu bertahan dan konsisten melaksanakan perancangan yang telah dirangka. Dalam masa itu juga, kita sentiasa akan menerima pengalaman baru untuk upgrade perancangan yang sedia ada. Selagi ia boleh mencapai goal yang telah kita set untuk kita capai, apa salahnya kan!

Kejayaan adalah milik orang yang melaksanakan perancangan untuk berjaya. Jika goal yang kita letak itu positif, positif la hasilnya, jika sebaliknya, hasilnya pun begitu juga. Menjadi berjaya bukan satu beban, ianya satu tanggung jawab kerana kita memang dilahirkan untuk berjaya, bukan sebaliknya.

Sekadar pandangan, alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...