Assalamualaikum..
Semalam, hari Isnin aku hantar anak pi tadika. Luar pagar sekolah ada dua batang pokok yang agak tinggi dan rendang, bunganya warna ungu, kecik-kecik. Cantik. Sekali tengok macam musim sakura gugur di Jepun (tengok dalam internet, aku tak pernah pi Jepun).
Aku pun ambil gambar guna kamera telefon, Samsung Corby 2. Masa tu baru aku tau yang kamera tu boleh pilih mode, panorama ataupun single shot. Hampeh! Ni gambarnya.
Cantik tak? ni mode Single Shot.
Lepas tu, aku cuba mode panorama. Ok jugak la. Cuba tengok.
Inilah yang dikatakan sudut pandang, kan. Kita sendiri pilih nak tengok secara luas, atau nak tengok secara tumpu.
View atau pandangan memang berbeza antara satu dengan yang lain. Pandangan yang sama biasanya mampu mengelakkan konflik atau masalah. Namun pandangan yang tidak sama juga mampu mengelakkan konflik jika kita berfikir atau melihat sesuatu perkara itu dengan lebih luas. Akan ada titik temu antara pandangan. Macam gambar di atas, jelas perbezaannya kan.
Alhamdulillah.