Bila masalah menjelma, apa yang akan kita buat? Langkah pertama, salahkan orang lain dahulu... hehehe.. Itulah yang biasa berlaku kan? Senang saja, apa saja jadi, orang yang salah. Mudah sungguh. Langkah kedua, luahkan kemarahan, secara agresif ataupun secara pasif. Langkah ketiga, lantaklah dengan masalah tersebut, berpatah arang dan berputus asa. Hmmm... mudah sungguh. TAPI, masalah tetap tak selesai.. hahahaha!!!
Macam mana kita menghadapi masalah kita?
Dalam menghadapi masalah, paling penting sekali ialah memastikan hal tersebut adalah satu masalah. Kalau tidak, kita akan membuang masa mencari penyelesaian kepada suatu hal yang bukan keutamaan. Langkah mengenal pasti / memastikan, memerlukan satu checklist yang mengandungi 3 asas penting, pertama; diri kita, kedua; hubungan dengan diri kita, ketiga; persekitaran (nature/environment) hal tersebut.
KADANG-KADANG
Kaedah menghadapi masalah ini pelbagai bergantung kepada pengalaman yang kita ada. Apa yang penting:
Fokus utama dalam menghadapi masalah adalah MENYELESAIKANNYA. Bukan sebaliknya. Jika kita sedar tentang hakikat ini, insyaAllah, masalah serumit mana pun boleh diselesaikan.
Ada lagi masalah? Selesaikanlah. Jangan biarkan hidup anda diselubungi masalah!!!!
Alhamdulillah.

- Kadang-kadang, kita terlebih menilai sesuatu hal sebagai masalah sedangkan hal itu tiada kaitan pun dengan kita, pelik kan!
- Kadang-kadang kita tak pasti pun kesan hal itu terhadap diri kita, kita main agak je, mungkin macam tu, mungkin macam ni, terus kita label sebagai masalah.
- Kadang-kadang, hal itu hanya menjadi masalah pada masa dan tempat tertentu sahaja, tapi kita menilai bahawa ia adalah masalah sepanjang masa di semua tempat.
Kaedah menghadapi masalah ini pelbagai bergantung kepada pengalaman yang kita ada. Apa yang penting:
- bertenang sekejap - tarik nafas dan berehat
- kenal pasti masalah sebenar - selalunya, apa yang kita nampak bukan masalah sebenar, ia hanyalah projection
- list down all possibilities macam mana nak tangani
- berbincang - lagi banyak input lagi bagus
Fokus utama dalam menghadapi masalah adalah MENYELESAIKANNYA. Bukan sebaliknya. Jika kita sedar tentang hakikat ini, insyaAllah, masalah serumit mana pun boleh diselesaikan.
Ada lagi masalah? Selesaikanlah. Jangan biarkan hidup anda diselubungi masalah!!!!
Alhamdulillah.
Kredit untuk gambar ini - Masalah ke? |
No comments:
Post a Comment