Assalamualaikum...
Sebulan dua ni, aku agak sibuk. Ke sana ke mari menyiapkan tugasan. Tak sempat langsung nak menjengah ke ARS ni...
Dalam kesibukan itu, di sepanjang perjalanan aku melihat pembudayaan masyarakat yang pelik tapi benar. Bila diselidiki, katanya, "..dah memang macam tu..", itu yang peliknya...
Value |
Budaya "hanya mengikut" ni, dah lama berakar umbi. Sehinggakan, sekarang, tiada lagi perbezaan budaya yang besar dikalangan bangsa, which is good, terutama dari segi pemakanan. Dari segi bahasa, perwatakan dan pembawakan masih lagi jelas berbeda.
Tetapi ia menjadi lebih pelik bila perkongsian budaya ini tidak menumbuhkan rasa KEBERSAMAAN. Malah semangat "berbangsa-bangsa" semakin menjadi retorik dan bualan. Kenapa?
Pandangan aku, mungkin juga terjadi perkara macam ni disebabkan oleh tiada kefahaman tentang bangsa masing-masing. Orang India contohnya, meletakkan SARI, pakaian tradisi hanya sebagai untuk sambutan majlis dan keraian, begitu juga orang Cina. Orang Melayu juga cenderung ke arah itu. Dalam kehidupan seharian, pakaian yang menjadi JAJAAN media yang menjadi rutin. Sehinggakan pakaian tradisi menjadi sangat seksi, itukah yang dikatakan budaya bangsa?
Contohnya, wanita berseluar pendek. Wujudkan budaya ni dalam bangsa Timur? Lelaki yang berpakaian selekeh, wujudkah budaya ni dalam bangsa timur? Adakah budaya bangsa kita di Malaysia kini HANYA MENGIKUT?
Itu baru kita lihat dalam pemakaian, belum lagi dalam tata berbahasa, kesopanan dan nilai-nilai bangsa Timur yang sangat dikagumi oleh pelbagai peradaban di dunia. Dari generasi ke generasi, perubahan budaya sangat drastik. Tetapi orang meninggalkan budaya bangsa sendiri ini jugalah yang lantang bercakap soal bangsa. Secara sopannya, aku tidak menyentuh soal politik di Malaysia, tapi lebih kepada penerapan nilai yang berlaku dalam masyarakat kita secara umumnya. Ia bukan menyentuh soal bangsa yang mana, semua komuniti di Malaysia mempunyai kecenderungan ke arah lantang untuk berbangsa-bangsa.
Kita tidak boleh memilih, bangsa apakah aku.. tapi kita boleh memilih untuk bertapak di atas platform yang jelas nilainya, tanpa merosakkan estetik bangsa kita sendiri, BANGSA TIMUR.
Aku merasakan bahawa, platform yang sangat jelas nilainya adalah intipati bangsa itu sendiri. Melayu dengan Islamnya, kaum India dengan Hindunya, kaum Cina dengan Buddha/Conficiusnya. Dalam semua nilai-nilai ni, tiada satu yang membenarkan jenayah, tiada satu pun yang membenarkan biadap, tiada satu pun yang membenarkan minum arak atau judi, tiada satu pun yang membenarkan kerosakan institusi kekeluargaan. Tetapi mengapa semua itu masih berleluasa?
Adakah kerana, budaya bangsa dan intinya, bukan lagi nilai penting dalam hidup kita? Atau nilai-nilai ini hanya untuk memenuhi kepentingan semasa sahaja? Kalau itu sebabnya, berhenti bercakap tentang bangsa, kerana kita tidak layak. Mahu bercakap, tapi perbuatan dan kehidupan kita lari dari mengamalkannya.
Aku hanya berpendapat begitu, ya, memang kita perlu bangkit dan kembali kepada yang asal iaitu intinya. Setiap bangsa, balik kepada intinya. Akan wujud kebersamaan bila intinya memberi nilai dalam hidup kita.
Sekadar pandangan.
Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment