POST

Sunday, December 16, 2012

Kita Ada Pilihan Ke?

Assalamualaikum

Syukur kepada Allah, dalam seminggu ni aku telah melaksana satu job  dan hasilnya, anak aku yang dah lama minta nak makan Domino Pizza, lepas la hajat dia. 

Dalam entry  ni aku nak kongsi pasal perbincangan aku dengan orang rumah aku tentang "Kita Ada Pilihan Ke?"

Untuk memahami sama ada dalam hidup kita ni, kita ada pilihan ke tidak, pada pandangan aku sahaja, kita kena faham apa yang dikatakan perkara yang telah ditetapkan dan perkara yang kita kena pilih.

Jom kita tengok apa perkara yang telah ditetapkan. Perkara yang telah ditetapkan adalah perkara yang tidak boleh berubah, atau dalam sains dipanggil HUKUM. Contohnya, Hukum Graviti. Secara ringkasnya, hukum alam adalah perkara yang telah tetap. 

Apa pula perkara yang boleh kita pilih?

Kita boleh memilih dalam perkara perlaksanaan. Contohnya, air mendidih pada takat didihnya, itu tetap. Tetapi kita boleh memilih untuk mendidihkan air tersebut ataupun tidak. Hukum sebab-akibat akan digunakan. Jika kita memanaskan air itu untuk sekian masa, maka air tersebut akan mendidih. Jika kita tidak melengkapkan semua faktor untuk mendidihkan air tersebut, maka air tidak akan mendidih. Maknanya, dalam melaksanakan sesuatu perkara itu, pilihan di tangan kita, nak buat ke tak mau!

Kalau nak tengok metafora lain, kita tengok tentang makan contohnya. Apa yang pasti makan itu keperluan asas manusia, nak makan apa, terpulanglah kepada pilihan orang yang nak makan. Pokoknya makan.

Pernah dengar teka-teki tak, antara K.Kangsar sampai KL, ada berapa simpang? Jawapannya ialah, 2 simpang; ke kiri dan ke kanan, betul kan?

Apa yang aku cuba nak bagitau, kita memang ada pilihan dan pilihan itu hanya ada 2, baik dan buruk. Itu sahaja. Macam mana kita nak define  baik dan buruk, kita kena ada rujukan. Kalau kita define baik dan buruk ikut suka kita, balik kepada sebab-akibat, kita kena tanggung la.

Secara asasnya, kita memang ada pilihan, pokoknya, kita sedar tak tentang pilihan kita, atau apa yang kita telah pilih?

Anda dah pilih? 

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...