Assalamualaikum
Nilai tu apa? Jom check Kamus.
Nilai adalah kata nama:
- Bersinonim dengan harga: kimah, aji,
- Bersinonim dengan kadar: nisbah, skala, ukuran, timbangan,
- Bersinonim dengan mutu: kualiti, darjat, darjah, harkat,
Apa kepentingan nilai?
Secara umumnya untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Bagaimana nilai diukur?
Bergantung pada nilai apa? Ada nilai yang boleh diukur, yang biasanya diukur menggunakan teknologi semasa. Ada pula nilai yang hanya boleh dihakimi, bersifat subjektif.
Nilai Diri, adakah boleh diukur?
Bagaimana kita menilai diri kita? Adakah kita menilai diri kita dengan apa yang kita buat? Atau kita menilai diri kita dengan pencapaian yang kita dapat? Atau kita menilai diri kita dengan apa yang kita ada? Paling utama, ADAKAH KITA MENILAI DIRI KITA? Apakah rujukan penilaian kita terhadap diri kita?
Bagaimana pula orang menilai diri kita? Adakah ianya penting?
Sendiri tanya, sendiri jawablah, kan!
Dulu aku selalu layan lagu rock kapak, tak ingat pula apa tajuknya, ada dari liriknya berbunyi, "aku adalah aku...". Aku rasa, statement ni adalah satu penegasan tentang diri sendiri dan aku suka. Salah satu sebabnya, setiap orang itu unik, memang diri dia adalah diri dia, nak kata apa lagi? Pada aku, orang yang ada penegasan tentang keunikan dirinya, nilainya adalah tinggi. Tetapi jika diukur dari sudut matawang, mungkin nilai sangat tinggi, mungkin tiada nilai.
Patut atau tidak kita menilai orang lain? Jawapan aku, PATUT, tetapi PATUT JUGA berasaskan condition semasa dan antara faktor yang PATUT diambil kira adalah interest (tujuan), mengapa kita menilai dia. Kalaulah tujuan penilaian bersifat negatif, macam saja nak jatuhkan air muka, atau nak menang, hasilnya pun pasti negatif juga. Kalau tujuan (niat) bersifat positif, tapi cara menilai yang negatif, hasilnya tetap negatif. Bagaimana cara kita menilai orang lain, itulah nilai diri kita sebenarnya. Kalau nak menilai orang, kita kena menilai secara objektif (berserta rujukan/kepastian), bukan mengikut suka hati kita saja.
Faktor lain mungkin tentang skop kita menilai. Kita tak bolehlah menilai orang meliputi segenap kehidupannya sekaligus, cukuplah dalam hal tertentu sahaja, dan yang berkait dengan kita saja ataupun yang dalam pengetahuan kita sahaja. Barulah penilaian kita tak bias.
Adakah nilai diri kita mencukupi untuk kita mencapai tujuan/hasrat yang tertinggi bagi semua manusia? Apa hasrat manusia yang paling tinggi yang kita tahu? Apa hasrat (target ) anda yang paling tinggi? Jawapan ada pada diri masing-masing.
Nilai Diri adalah asas segala-galanya. Nilai diri seorang hamba itu rendah, tapi nilai diri hamba Allah? Nilai diri seorang manusia itu tinggi, nilai diri seorang khalifah?
Nilailah diri kita sendiri dan tidak berputus asa dengan DIA, sebelum orang lain menilai diri kita.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment