POST

Thursday, December 6, 2012

Idea CEDOK - Episod 2

Assalamualaikum

Idea CEDOK yang aku tulis ni seperti dalam entry lepas.

Pandangan aku, kalau nak faham apa yang dikatakan konsep atau idea CEDOK ni, kita kena faham 3 perkara asas dalam perlaksanaan sesuatu urusan/perkara.
  1. Siapa yang melaksanakan - ORANG
  2. Bagaimana melaksanakan - PERATURAN
  3. Di mana ia dilaksanakan - TEMPAT

Sebelum pergi lebih jauh, aku namakan dulu 3 perkara asas ini sebagai 3P atau People, Principles, Place.  Idea ini aku CEDOK daripada perbincangan dengan rakan-rakan yang mendalami konsep 3P dalam engineering  dan architecture.

Manusia tidak lahir ke dunia dan terus pandai, betul? Dah menjadi fitrah, manusia akan belajar dari pengalaman dan pemerhatian terhadap semua perkara yang dapat didengar, dilihat dan ditimbang dengan pancaindera-pancaindera lain.

Secara asas, kita telah mencedok idea untuk menjalani hidup kita seharian daripada apa yang kita telah belajar. Kalau yang dicedok itu putih, putih la dia, kalau yang dicedok itu kelabu asap, kelabu asaplah ia. Bila tiba satu peringkat, apa yang kita cedok akan menjadi sebati dengan hidup kita. Pada peringkat ni, apa yang kita cedok sudah tidak menjadi asing lagi, malah ia dah jadi HAK MILIK kita. 

Kita pernah dengar rungutan seperti, "..dah nasib aku macam ni...", "..dah terlambat untuk aku berubah..", "..aku tak boleh buat apa dah...". Pernah kan? Masa tahap ni, apa yang kita dah cedok dan laksanakan dah menjadi tulen untuk kita.

Cuma yang kita tak perasan, mencedok idea ini bukannya ada had masa. Selagi kita hidup, kita akan mencedok idea dan belajar mempraktikkan. Macam Rasulullah S.A.W. kata, "... tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad..". Memang itu pun yang kita buat, kalau tidak mustahil orang boleh naik pangkat, mustahil seorang pelajar menjadi pekerja, mustahil seorang gadis menjadi ibu.

Bagaimana Idea CEDOK berkaitan dengan Asas 3P? 

Kita tengok dulu sebab apa kita mencedok idea... sebab yang sangat lazim bila kita merasakan perlaksanaan kita sehari-hari tidak betul. Atau pun kita melihat orang melaksanakan hidup hari-hari lebih baik dari kita, atau mungkin juga kerana bosan dengan rutin harian. Apa sahaja kemungkinan, pendekkan story, kita mula rasa idea hidup kita sehari-hari dah tak best.

Sebelum kita mencedok sesuatu idea, kita pasti akan meneliti sama ada idea itu patut dicedok atau tidak, kan? Nak tengok sama ada patut atau tidak dicedok, dalam keadaan biasa, manusia akan meneliti dari sudut perbandingan dengan idea-idea yang telah sebati dalam hidupnya. Kalau idea yang nak dicedok ni, bercanggah dengan idea yang ada, akan timbul persoalan, betul ke ni? Jadi, bukti-bukti akan dirujuk, selalunya bersama perasaan defensif  iaitu nak memenangkan idea yang telah dipegang. Bias akan berlaku. Pada tahap ini, kita akan melihat perdebatan, perbahasan dan perbezaan pendapat diutarakan secara terbuka, mungkin. Mungkin juga akan hanya menjadi konflik dalam diri. Untuk mengelakkan hal ni, kita kena jelas dengan tujuan asal kita ingin mencedok idea tadi.

Seterusnya, kita akan meletakkan keuntungan pada diri kita sebagai ukuran. Tak untung, buat apa nak cedok? Keuntungan bukan saja dalam bentuk material, ia boleh jadi dalam bentuk kepuasan, boleh jadi dalam bentuk keseronokan, boleh jadi dalam bentuk menenangkan dan boleh jadi juga dalam semua bentuk-bentuk tu.

Kaitan dengan Asas 3P, apa sahaja tujuan kita nak cedok idea untuk kita praktis dalam hidup sehari-hari, kemungkinan besar kita dah terbayang siapa kita kalau idea yang kita cedok berjaya, kan? Contohnya idea untuk jadi kaya, takkan tak terlintas dalam otak kita, angan-angan pasal jadi kaya, kereta besar, rumah besar, bini besar?

Nak cedok satu-satu idea tu, cuba bayangkan tentang kita nak jadi apa, nak jadi lagu mana. Contoh, nak jadi pemain bola, takkan kita nak terbayang pasal kolam renang? Patutnya kita kena bayangkan padang bola, teknik bermain bola ataupun peraturan dalam bolasepak. Kalau dalam praktis hidup sehari-hari, contoh kita nak jadi seorang yang disukai orang, kita kena bayangkan habit  atau sikap atau perangai kita supaya kita disukai. Kita juga akan bayangkan keadaan orang yang suka kat kita.

Dalam bayangan ini, ia akan menjadi tujuan kita mencedok. Ambil satu contoh sinis sikit, nak jadi orang Islam, bayangkan seorang Muslim yang tidak melaksanakan perkara baik, malah buat pula perkara buruk, dari segi perangai, cakap atau apa-apa saja. Ada tak kita nampak Islam pada diri orang tu?

Kesimpulan teruslah, cedoklah idea dengan niat yang jelas, untuk kita laksanakan dalam hidup kita sehari-hari, bukan untuk jadi pandai saja. Pandai pun tak guna kalau tak laksana. Sebaik-baik sumber untuk kita cedok Nabi kitalah. Kan?

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...