POST

Wednesday, March 13, 2013

RUKUN

Assalamualaikum...

Dalam seminggu dua ni aku agak runsing. Macam-macam dalam kepala ni, ada geram, takut, excited dan macam-macam lagi. Aku banyak habiskan masa aku dengan membaca dan memerhati. Dari gelagat manusia sampailah kepada rasa hati aku sendiri. Terlintas di fikiran pasal punca atau sebab musabab mengapa dan kenapa terjadi begini dan begitu. Kita ni manusia, kadang-kadang imaginasi kita melampui perkara yang tak patut jadi, kan! Kadang-kadang kita takut perkara yang kita tak tahu asal punca, pendek kata, kita selalu takut perkara yang kita tak tahu pun.
Mungkin apa yang terjadi dalam hidup kita ni, disebabkan oleh kita memecahkan rukun hidup. 

Dalam bahasa Indonesia, rukun ni seperti di bawah:

Thursday, March 7, 2013

SEJARAH - Sudut Pandang 2

Assalamualaikum...

Sambungan daripada entry yang lepas, SEJARAH - Sudut Pandang.
Dalam entry kali ni, aku nak highlight pasal apa yang diceritakan oleh Dr Gijs L Koster dari Universiti of The Minho, Braga, Portugal dalam UKM News Portal.

Pernyataan pertama:
Turki pada zaman itu, kata Dr Koster, dianggap sebagai Amirul Mukminin dan turut sama memberi bantuan kepada Aceh adalah kerajaan Gujerati di India.

Pernyataan kedua:
Hikayat Tanah Hitu dikarang oleh Imam Besar Ambon Saipul Hijali mengandungi banyak kisah perjuangan kesultanan Melayu-Islam di rantau ini. Sultan Ambon melancarkan Perang Sabil terhadap Portugis yang didapati menggalakkan paderi-paderi memurtadkan penduduk Islam selain cuba campur tangan dalam kerajaan di Utara Ambon.
Dua helai surat dipercayai tertua ditulis dalam bahasa Melayu, tulisan Jawi  kini tersimpan di arkib di Lisbon. Pertama daripada Sultan Baadullah dari Ternate kepada Raja Juan III mengadu mengenai sikap buruk orang Portugis yang mencuri, mabuk dan bergaduh di pelabuhan dilawati di rantau ini. Begitu juga surat ditulis oleh Sultan Zainol Abidin dari Pasai mengenai perkara yang sama.
Dalam portal tersebut juga disebut:
Felo Penyelidik Utama ATMA, Prof Dr Ding Choo Ming mengakui bahawa Hikayat Hitu belum pernah diselidiki oleh sarjana-sarjana Melayu-Nusantara malah banyak perkara didedahkan oleh Dr Koster adalah kisah-kisah yang perlu dikaji yang kini tersimpan di arkib-arkib di Portugal.

Tuesday, March 5, 2013

BLOG WALKING

Assalamualaikum...
Hari ni tiada aktiviti khusus dalam perancangan, jadi aku mengambil kesempatan dan peluang ni untuk Blog Walking. Ada orang panggil Blog Surfing. Mungkin ada juga yang panggil Blog Wandering. Apa-apa saja panggilannya, aku berkunjung dari satu blog ke satu blog melihat pandangan bloggers, khususnya di Malaysia dan umumnya di mana-mana pun.
Aku cenderung untuk meneliti blog yang berkaitan dengan sejarah dan peradaban terutamanya yang berkaitan dengan Nusantara. Banyak rupanya yang menarik. 

Mengapa SEJARAH? Mengapa PERADABAN? Jawapannya, MENGAPA TIDAK? Heheh..

Blog mana yang aku baca? Hari ni aku cuba baca sebanyak mungkin artikel dalam 4 blog;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...