POST

Thursday, August 22, 2013

MERANCANG UNTUK BERJAYA

Assalamu'alaikum...

Siapa yang tidak mahu kejayaan? Semua orang mahu berjaya. Semua orang ada taste atau citarasa kejayaan masing-masing. Tetapi tak semua orang yang ukur baju di badan sendiri, atau pun  sanggup berakit-rakit ke hulu. Asyik nak cepat saja, well... aku pun sama.

Apakah kejayaan sebenarnya? Bagaimana kejayaan diukur? Berbaloikah untuk menggapainya sehingga sanggup kita bersakit-sakit dahulu? Jawapannya terletak dalam jiwa masing-masing. Hasil kepada jawapan ini akan membawa kita kepada perancangan untuk berjaya, mengikut perspektif kita.

Hiasan
Dalam nak berjaya, bagaimana nak ukur baju di badan sendiri? Cuba tengok pepatah tu secara fizikalnya, badan boleh membesar, boleh mengecil dan saiz baju akan ikut besar badan lah! Kemampuan umpama badan, keinginan umpama baju, mudah kan! Kemampuan boleh meningkat dan boleh juga menurun, tapi selalunya keinginan tidak pernah menurun, asyik meningkat saja. Hasilnya, selekeh ler.. ataupun ketat, sesak nafas. Tapi, kunci yang paling terang, badan sendiri... hanya kita yang tahu baju yang sesuai untuk badan kita. Orang lain boleh memberi pendapat, tapi keselesaan baju itu di tangan kita, kerana kita yang nak pakai. Sama jugak dalam hal kemampuan dan keinginan, kita lagi faham kemampuan kita, jangan biar orang lain memanipulasi keinginan kita, kelak yang nak menanggung bebannya, kita jugak.

Walau bagaimana pun, jika kita inginkan pakaian yang lebih besar, kita hanya perlu badan yang lebih besar. Ada banyak shortcut kalau kita nak besarkan badan. Tapi kena la terima risikonya, kesan sampingan yang mungkin memudaratkan badan, malah akan merugikan kita untuk masa yang lebih panjang. Atau, kita mengambil masa untuk mencapainya secara berdikit, sanggup ka? Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, sekali lagi, sanggup ka?

Monday, August 5, 2013

BILA MASALAH MENJELMA....

Assalamualaikum...

Bila masalah menjelma, apa yang akan kita buat? Langkah pertama, salahkan orang lain dahulu... hehehe.. Itulah yang biasa berlaku kan? Senang saja, apa saja jadi, orang yang salah. Mudah sungguh. Langkah kedua, luahkan kemarahan, secara agresif ataupun secara pasif. Langkah ketiga, lantaklah dengan masalah tersebut, berpatah arang dan berputus asa. Hmmm... mudah sungguh. TAPI, masalah tetap tak selesai.. hahahaha!!!

Macam mana kita menghadapi masalah kita?

Dalam menghadapi masalah, paling penting sekali ialah memastikan hal tersebut adalah satu masalah. Kalau tidak, kita akan membuang masa mencari penyelesaian kepada suatu hal yang bukan keutamaan. Langkah mengenal pasti / memastikan, memerlukan satu checklist yang mengandungi 3 asas penting, pertama; diri kita, kedua; hubungan dengan diri kita, ketiga; persekitaran (nature/environment) hal tersebut.

KADANG-KADANG
  • Kadang-kadang, kita terlebih menilai sesuatu hal sebagai masalah sedangkan hal itu tiada kaitan pun dengan kita, pelik kan! 
  • Kadang-kadang kita tak pasti pun kesan hal itu terhadap diri kita, kita main agak je, mungkin macam tu, mungkin macam ni, terus kita label sebagai masalah. 
  • Kadang-kadang, hal itu hanya menjadi masalah pada masa dan tempat tertentu sahaja, tapi kita menilai bahawa ia adalah masalah sepanjang masa di semua tempat.

Kaedah menghadapi masalah ini pelbagai bergantung kepada pengalaman yang kita ada. Apa yang penting:
  • bertenang sekejap - tarik nafas dan berehat
  • kenal pasti masalah sebenar - selalunya, apa yang kita nampak bukan masalah sebenar, ia hanyalah projection 
  • list down all possibilities macam mana nak tangani
  • berbincang - lagi banyak input lagi bagus

Fokus utama dalam menghadapi masalah adalah MENYELESAIKANNYA. Bukan sebaliknya. Jika kita sedar tentang hakikat ini, insyaAllah, masalah serumit mana pun boleh diselesaikan.

Ada lagi masalah? Selesaikanlah. Jangan biarkan hidup anda diselubungi masalah!!!!

Alhamdulillah.

Kredit untuk gambar ini - Masalah ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...