Assalamualaikum
Hari-hari kita didedahkan dengan berita-berita dalam dan luar negeri. Kadang-kadang berita dalam rumah sebelah pun sampai kat telinga kita. Tak termasuk berita yang menyakitkan telinga, berita yang menyakitkan hati, berita yang menggembirakan malah ada juga berita yang tak perlu kita ambil pusing.
Sejak tiga empat minggu yang lalu, kita dikejutkan dengan pertempuran demi pertempuran di Lahad Datu, Sabah, Ramai yang peka dengan berita ini. Malah ramai juga yang teringin terlibat sebagai pemberita.
Berita itu menyedihkan seluruh negara.
Tapi, bagai tsunami melanda, pelbagai teori dan andaian tersebar dari Perlis sampai ke Sabah. Pelbagai berita yang tak dapat disahihkan berselerak dalam Facebook, Twitter dan pelbagai media sosial yang lain. Seolah-olahnya, pembawa berita-berita ini berada di tempat kejadian dari awal mulanya. Ada teori yang membuakkan perasaan marah, ada teori yang menyentap jantung dan sanubari.