POST

Tuesday, March 5, 2013

BLOG WALKING

Assalamualaikum...
Hari ni tiada aktiviti khusus dalam perancangan, jadi aku mengambil kesempatan dan peluang ni untuk Blog Walking. Ada orang panggil Blog Surfing. Mungkin ada juga yang panggil Blog Wandering. Apa-apa saja panggilannya, aku berkunjung dari satu blog ke satu blog melihat pandangan bloggers, khususnya di Malaysia dan umumnya di mana-mana pun.
Aku cenderung untuk meneliti blog yang berkaitan dengan sejarah dan peradaban terutamanya yang berkaitan dengan Nusantara. Banyak rupanya yang menarik. 

Mengapa SEJARAH? Mengapa PERADABAN? Jawapannya, MENGAPA TIDAK? Heheh..

Blog mana yang aku baca? Hari ni aku cuba baca sebanyak mungkin artikel dalam 4 blog;


Artikel-artikelnya panjang berjela-jela. Tapi, aku baca jugak.. (senyum sambil perasan kacak)..

Apa yang aku dapat? Macam biasa, bila kita baca bahan-bahan yang sifatnya ilmiah atau separa ilmiah, pasti akan timbul lebih banyak persoalan berbanding dengan jawapan. Tapi apa yang pasti, persoalan-persoalan yang pernah timbul sebelum ni, sedikit sebanyak selesai, Alhamdulillah. 

Aku tidak membangkang atau menyokong sebarang artikel yang disiarkan, sementelah ianya bukan bidang aku. Tengok la sendiri artikel-artikel yang tersiar. Bagus untuk dibaca sebenarnya kerana ia membuka pandangan kita yang kurang maklumat berkenaan sejarah dan peradaban. 

OK. Mungkin ada artikel yang sifatnya KELIHATAN mengikut kecenderungan penulis. Harus kita ingat, apa yang KELIHATAN pada pandangan kita itu mungkin bukan apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Itu pandangan aku, bukan nak bela blogs yang tersebut, tapi itulah hakikatnya. Mengapa?

Ada orang yang membaca untuk mengiyakan pandangannya. Ada orang yang membaca untuk mencari maklumat, malah ada yang membacanya tanpa tujuan khusus. Jadi apa yang kelihatan pada kita sebenarnya bergantung kepada apa yang kita cari atau tujuan kita membaca. Kadang-kadang, apa yang penulis cuba sampaikan telah DIKABURI oleh pandangan kita sendiri. Jadi, apa yang aku boleh katakan, selamilah apa yang cuba nak disampaikan, bukan menghakimi penyampaian... 

Apa yang aku dapat?

Dalam Melayu Nusantara, ada beberapa artikel yang membuka minda aku tentang landskap sejarah dan perhubungan aku dengan sejarah. Dalam CIK SERI BERCELOTEH, aku melihat jajaran maklumat yang perlukan kepakaran dan pengetahuan untuk ditafsirkan. Dalam IBN RUSYDI pula, aku melihat pandangan kronologi mutakhir dalam kelangsungan peradaban Nusantara. LOG @ PRIMA pula kelihatan lebih ilmiah dari struktur bahasanya, tapi taklah susah nak faham.

Secara umumnya, mereka semua menulis berdasarkan sumber yang jelas. Hmmm... baca sendiri la.

Alhamdulillah.



2 comments:

  1. Assalamualaikum saudara Hang Nadim,

    Terima kasih atas minat dan perhatian saudara.

    Salam hormat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...